Penerbitan dihentikan Warta Negara

Penerbitan Warta Negara dihentikan pada 13 Julai 1969 untuk membolehkan syarikat Utusan Melayu Press memberikan fokus kepada harian Utusan Melayu yang semakin susut pasarannya. Sehubungan dengan tindakan itu, riwayat Warta Negara yang menjadi akhbar selama 24 tahun mengetengahkan suara orang utara Malaysia kepada masyarakat telah tamat.